Friday, January 22, 2010

TEMUDUGA TERBUKA

Temuduga Terbuka (Bahagian Pendidikan Swasta)

1.Kekosongan jawatan seperti berikut :

Jawatan : Pembantu Penolong Pengarah
Gred : DGA32

2.Temuduga bagi jawatan tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 26 dan 27 Januari 2010
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Hidayah
Aras 3, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

3. Tuan/puan yang mempunyai saudara mara atau kenalan dari kalangan
guru yang berminat untuk bertugas di Bahagian berkenaan dikehendaki
membawa resume dan sijil-sijil asal semasa temu duga. Pembantu Penolong
Pengarah Gred DGA32 yang berjaya dalam temuduga akan ditempatkan di Sektor
Promosi dan Hubungan Antarabangsa .

4. Segala tuntutan semasa menghadiri temuduga ini adalah di bawah
tanggungan sendiri. Sebarang pertanyaan berkaitan temu duga ini sila
berhubung dengan pihak urus setia perjawatan iaitu Encik Hamidun Bin
Abdullah di talian 03-8884 9531 atau 03-88849533.