Monday, January 18, 2010

JAWATAN KOSONG LLM (Tutup : 1 Februari 2010)


LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang
daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 45 tahun pada tarikh tutup iklan, yang
berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut di Lembaga Lebuhraya Malaysia :-

1.(a) JAWATAN : AKAUNTAN
(b) Taraf Jawatan : Tetap
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
(d) Gred & Jadual Gaji : W 41
P1T1 RM 1,702.81 – P1T27 RM 4,688.95
P2T1 RM 1,798.82 – P2T27 RM 4,968.61
P3T1 RM 1,899.01 – P3T27 RM 5,255.39
(e) Syarat Lantikan :-
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T8); atau
iv) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh
kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T8); atau
v) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta
menjadi Ahli penuh Badan-badan ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf
oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T9); atau
Vi) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T10);
[Senarai Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan di
perenggan 1 (e) (v) dan (vi) di atas adalah seperti rujukan W]
(f) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

2.(a) JAWATAN : PEMBANTU TADBIR(PERKERANIAN/OPERASI)
(b) Taraf Jawatan : Tetap
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan
(e) Gred & Jadual Gaji : N 17
P1T1 RM 820.38 – P1T24 RM 2151.35
P2T1 RM 871.81 – P2T24 RM 2272.50
P3T1 RM 924.75 – P3T24 RM 2397.95
f) Syarat Lantikan
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
i) warganegara Malaysia;
ii) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan; dan
iv) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan
komputer dan/atau mengambil trengkas).

3.(a) JAWATAN : PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT /SETIAUSAHA PEJABAT
(b) Taraf Jawatan : Tetap
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan PERKERANI (e) Gred & Jadual Gaji : N 17
P1T1 RM 820.38 – P1T24 RM 2151.35
P2T1 RM 871.81 – P2T24 RM 2272.50
P3T1 RM 924.75 – P3T24 RM 2397.95
(f) Syarat Lantikan :-
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan dan lulus ujian termasuk mengambil trengkas
atau nota rintas (note taking) dengan kederasan 20 p.s.m. daripada
rencana dan menaip salinan trengkas atau nota rintas itu sederas 15
p.s.m dengan kesalahan tidak melebihi 4%;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N 17:P1T2);
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan
komputer);
iv) Kepujian Bahasa Malaysia /Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.

4.CARA MEMOHON
a) Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan LLM
(P) 7/2002 yang boleh diperolehi mulai 18 Januari 2010 (Isnin) pada waktu
pejabat sektor awam di alamat-alamat berikut:

i) Ibu Pejabat
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Km. 6, Jalan Serdang- Kajang
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan

ii) Pejabat Wilayah Utara
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Jambatan Pulau Pinang,
Batu 7, Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Pulau Pinang

iii) Pejabat Wilayah Utara
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Jalan Sultan Azlan Shah (Utara)
31400 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

iv) Pejabat Wilayah Selatan
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Pejabat Penyelenggaraan Senai
81400 Senai
Johor Darul Takzim

v) Pejabat Wilayah Timur
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Persimpangan Bertingkat Kuantan - Pahang
56050 Kuantan
Pahang Darul Makmur

vi) Pejabat Pasukan Projek II (LPT Fasa 2)
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Bangunan Pusat IKS
Kawasan Perindustrian Ajil
21800 Ajil
Terengganu Darul Iman

b) Sijil-sijil hendaklah diakui sah oleh pegawai kerajaan dari Kumpulan Pengurusan &
Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.

5.TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Borang yang telah dilengkapkan hendaklah sampai tidak lewat atau pada
1 Februari 2010 (Isnin) dengan menyatakan nama jawatan yang dipohon di
sebelah kiri atas sampul surat tersebut.

6.ALAMAT PERMOHONAN
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah sampai kepada :
KETUA PENGARAH
LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA
KM. 6, JALAN SERDANG – KAJANG
43000 KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN
(U/P: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA & KHIDMAT PENGURUSAN)

7. Permohonan AKAN DITOLAK SEKIRANYA:
i) Tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan
ii) Tidak lengkap atau tidak terang
iii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan
iv) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat
v) Borang permohonan tidak ditandatangani
vi) Permohonan diterima selepas tarikh tutup iklan

CATATAN AM
1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan
ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
3. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga tidak ditanggung oleh Lembaga
Lebuhraya Malaysia.

No comments:

Post a Comment