Saturday, January 23, 2010

JAWATAN KOSONG KIST (Tutup : 10 Februari 2010)


KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI
KIST Group Holdings Sdn. Bhd.


A. Pensyarah Teknologi Makmal Perubatan (6 kekosongan)

Kelayakan :

i. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makmal Perubatan ATAU

ii. Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan ATAU

iii. Diploma Teknologi Makmal Perubatan dengan mempunyai

Dengan sijil advance course
Pengalaman sebagai juruteknologi melebihi 10 tahun
Diskripsi Tugas Umum :

Merangka dan merancang hala tuju program Diploma Teknologi Makmal Perubatan, menjalankan tugasan akademik berkaitan pengajaran dan pembelajaran(P&P),pengendalian kuliah,penilaian dan peperiksaan ,pengendalian urusan klinikal/praktikal/amali pelajar, melibatkan diri dengan aktiviti pelajar/program dan menjalankan tugasan yang berkaitan dari masa ke semasa. Juga bertanggung jawab dalam memantapkan kualiti P&P mengikuti piawaian yang telah ditetapkan oleh KIST dan MQA.


B. Juruteknologi Makmal Perubatan ( 4 kekosongan )

Kelayakan :

Diploma Teknologi Makmal Perubatan ATAU yang setaraf dengannya.

Diskripsi Tugas Umum :

Penyelanggaraan peralatan makmal ,menginventori peralatan serta bahan di dalam makmal, menjalankan kalibrasi bagi peralatan-peralatan makmal, pemberian dan pemantauan keselamatan makmal, membantu pensyarah dalam aktiviti P&P dan amali yang melibatkan penggunaan makmal, membantu dalam aktiviti penyelidikan makmal perubatan dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan.


C : PENGURUS PENGAWAL KESELAMATAN

Kelayakan:

  • Calon haruslah sekurang-kurangnya memperoleh Professional Certificate, Diploma, Advanced/Higher/Graduate Diploma, Protective Services & Management atau mempunyai 2 tahun pengalaman di dalam bidang berkaitan.
  • Mempunyai pengetahuan dalam OSHA, boleh mengendalikan latihan keselamatan, berkepimpinan, berfikiran positif, boleh berkomunikasi dan membentangkan laporan dengan baik, dinamik dan komited terhadap tugasan/kerja.
  • Pernah menganggotai pasukan kadet polis/tentera/bomba di peringkat sekolah menegah/kolej/universiti.
  • Mahir berbahasa Melayu dan Inggeris.
  • Berumur 25 tahun ke atas dan tidak melebihi 55 tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Sanggup bekerja lebih masa dan luar kawasan jika diperlukan.


D: PENGURUS KIST GRADUATE INTAKE

Kelayakan:

  • Calon haruslah sekurang-kurangnya memperoleh Ijazah dalam bidang pengurusan (pemasaran) dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Mempunyai pengetahuan dan pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang pemasaran.
  • Mahir berbahasa Melayu dan Inggeris.
  • Berumur 20 tahun ke atas dan tidak melebihi 55 tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Sanggup bekerja lebih masa dan luar kawasan jika diperlukan.


Perhatian kepada pemohon :

a) Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan perjawatan di ;-
- Kampus Utama Ibnu Sina, Bachok, Kelantan
- Kolej Islam Sains dan Teknologi cawangan Terengganu
- Pejabat KIST Graduate Intake di setiap negeri

b) Bagi pemohon yang tinggal berjauhan dan berminat mengisi kekosongan jawatan tersebut,
pemohon boleh mendapatkan borang permohonan dengan menghantar sampul surat beralamat sendiri,
bersaiz A4 bersetem RM1.00 dan wang pos atas nama KOLEJ ISLAM SAINS DAN TEKNOLOGI berjumlah
RM5.00 untuk bayaran wang proses.

c) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan daripada
tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

d) Pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di mana-mana anak
syarikat KIST GROUP HOLDINGS Sdn.Bhd.

e) Tarikh tutup permohonan adalah 10 Februari 2010

f) Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta
sijil-sijil yang disahkan hendaklah dihantar ke alamat :-

Bahagian Sumber Manusia
KIST Group Holdings Sdn.Bhd.
Lot 4276, Mukim Tanggul & Lot 6739, Mukim Kuala Berang
Batu 23, Jalan Kuala Berang / Kuala Terengganu
21700 Hulu Terengganu
Tel : 09 – 681 7323 Faks : 09 – 681 3323

Friday, January 22, 2010

TEMUDUGA TERBUKA

Temuduga Terbuka (Bahagian Pendidikan Swasta)

1.Kekosongan jawatan seperti berikut :

Jawatan : Pembantu Penolong Pengarah
Gred : DGA32

2.Temuduga bagi jawatan tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 26 dan 27 Januari 2010
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Hidayah
Aras 3, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

3. Tuan/puan yang mempunyai saudara mara atau kenalan dari kalangan
guru yang berminat untuk bertugas di Bahagian berkenaan dikehendaki
membawa resume dan sijil-sijil asal semasa temu duga. Pembantu Penolong
Pengarah Gred DGA32 yang berjaya dalam temuduga akan ditempatkan di Sektor
Promosi dan Hubungan Antarabangsa .

4. Segala tuntutan semasa menghadiri temuduga ini adalah di bawah
tanggungan sendiri. Sebarang pertanyaan berkaitan temu duga ini sila
berhubung dengan pihak urus setia perjawatan iaitu Encik Hamidun Bin
Abdullah di talian 03-8884 9531 atau 03-88849533.

Thursday, January 21, 2010

JAWATAN KOSONG FELDA HOLDING (Tutup : 31 Januari 2010)

FELDA HOLDING BERHAD

Felda Holdings Bhd mempunyai pelbagai kekosongan jawatan untuk ditempatkan di Delima Oil Products Sdn Bhd. Kekosongan jawatan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

PENGENDALI LOJI PENAPISAN (Pasir Gudang)
KELAYAKAN
• Kelayakan minimum lulus SPM (mendapat kredit dalam subjek Bahasa Malaysia dan lulus
Matematik).

PEMANDU JENTERA BERAT (FORKLIFT) (Pasir Gudang)
KELAYAKAN
• Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat kredit dalam subjek Bahasa Malaysia.
• Lelaki dan mempunyai sekurang-kurangnyai 1 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.
• Boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum.

Calon-calon yang berminat dipelawa menghantar resume yang lengkap dengan menyatakan kelayakan,pengalaman kerja, salinan sijil-sijil (sijil akademik, kad pengenalan & sijil kelahiran) gaji sekarang berserta sekeping gambar terbaru berukuran pasport (t.d.) tidak lewat daripada 31 Januari 2010

kepada:

PENGURUS KANAN
BAHAGIAN PENGAMBILAN & PERHUBUNGAN UNIVERSITI
FELDA HOLDINGS BHD
TINGKAT 9, BALAI FELDA
JALAN GURNEY SATU
54000 KUALA LUMPUR


Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga

Tuesday, January 19, 2010

JAWATAN KOSONG FELCRA (Tutup : 31 Januari 2010)


FELCRA BERHAD

1. Eksekutif (Ukur Bahan)

Gred :- E3/E2
Taraf Jawatan :- Tetap
Skim Gaji :- RM1,368 – RM 1,938 / RM 2,052 – RM 5, 016

Syarat Kelayakan:-
Pemohon mestilah terdiri daripada Warganegara Malaysia
Berumur tidak kurang dari 18 tahun dari tarikh tutup iklan.
Memiliki Diploma Ukur Bahan dari Universiti tempatan, politeknik atau mana-mana
institusi yang diakreditasi oleh LAN/MQA.
Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Syarikat.
Memiliki pengalaman dalam bidang tersebut adalah satu kelebihan
Graduan yang baru tamat belajar adalah digalakkan memohon.

2. Penolong Eksekutif (Binaan)

Gred :- PE3/PE2
Skim Gaji :- RM 1,003 – RM 1,298 / RM 1,357 – RM 3,422

Syarat Kelayakan:-
Pemohon mestilah terdiri daripada Warganegara Malaysia
Berumur tidak kurang dari 18 tahun dari tarikh tutup iklan.
Memiliki Sijil Kejuruteraan Awam dari politeknik atau mana-mana institusi yang
diakreditasi oleh LAN/MQA
Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Syarikat.
Memiliki pengalaman dalam bidang tersebut adalah satu kelebihan
Graduan yang baru tamat belajar adalah digalakkan memohon.

Borang permohonan boleh didapati dilaman web www.felcra.com.my atau pun datang sendiri ke Wisma FELCRA BERHAD, Tingkat 4, Cawangan Pengurusan Sumber Manusia. Sila sertakan
gambar terbaru berukuran passport dan sijil-sijil yang berkaitan serta dokumen sokongan yang telah disahkan dan hantarkan kepada alamat berikut:-

Ketua Pegawai Eksekutif Ibu Pejabat FELCRA BERHAD, Wisma FELCRA, Lot PT 4780, Jalan Rejang, Setapak Jaya, Peti Surat 12254,50772 KUALA LUMPUR (up: Cawangan Pengurusan Sumber Manusia) Tarikh tutup: 31 Januari 2010 (Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri sampul surat)

Catatan:-
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah
menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Monday, January 18, 2010

JAWATAN KOSONG LLM (Tutup : 1 Februari 2010)


LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang
daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 45 tahun pada tarikh tutup iklan, yang
berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut di Lembaga Lebuhraya Malaysia :-

1.(a) JAWATAN : AKAUNTAN
(b) Taraf Jawatan : Tetap
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
(d) Gred & Jadual Gaji : W 41
P1T1 RM 1,702.81 – P1T27 RM 4,688.95
P2T1 RM 1,798.82 – P2T27 RM 4,968.61
P3T1 RM 1,899.01 – P3T27 RM 5,255.39
(e) Syarat Lantikan :-
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T8); atau
iv) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh
kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T8); atau
v) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta
menjadi Ahli penuh Badan-badan ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf
oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T9); atau
Vi) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T10);
[Senarai Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan di
perenggan 1 (e) (v) dan (vi) di atas adalah seperti rujukan W]
(f) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

2.(a) JAWATAN : PEMBANTU TADBIR(PERKERANIAN/OPERASI)
(b) Taraf Jawatan : Tetap
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan
(e) Gred & Jadual Gaji : N 17
P1T1 RM 820.38 – P1T24 RM 2151.35
P2T1 RM 871.81 – P2T24 RM 2272.50
P3T1 RM 924.75 – P3T24 RM 2397.95
f) Syarat Lantikan
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
i) warganegara Malaysia;
ii) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan; dan
iv) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan
komputer dan/atau mengambil trengkas).

3.(a) JAWATAN : PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT /SETIAUSAHA PEJABAT
(b) Taraf Jawatan : Tetap
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan PERKERANI (e) Gred & Jadual Gaji : N 17
P1T1 RM 820.38 – P1T24 RM 2151.35
P2T1 RM 871.81 – P2T24 RM 2272.50
P3T1 RM 924.75 – P3T24 RM 2397.95
(f) Syarat Lantikan :-
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan dan lulus ujian termasuk mengambil trengkas
atau nota rintas (note taking) dengan kederasan 20 p.s.m. daripada
rencana dan menaip salinan trengkas atau nota rintas itu sederas 15
p.s.m dengan kesalahan tidak melebihi 4%;
(Gaji permulaan ialah pada Gred N 17:P1T2);
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan
komputer);
iv) Kepujian Bahasa Malaysia /Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.

4.CARA MEMOHON
a) Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan LLM
(P) 7/2002 yang boleh diperolehi mulai 18 Januari 2010 (Isnin) pada waktu
pejabat sektor awam di alamat-alamat berikut:

i) Ibu Pejabat
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Km. 6, Jalan Serdang- Kajang
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan

ii) Pejabat Wilayah Utara
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Jambatan Pulau Pinang,
Batu 7, Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Pulau Pinang

iii) Pejabat Wilayah Utara
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Jalan Sultan Azlan Shah (Utara)
31400 Ipoh
Perak Darul Ridzuan

iv) Pejabat Wilayah Selatan
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Pejabat Penyelenggaraan Senai
81400 Senai
Johor Darul Takzim

v) Pejabat Wilayah Timur
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Persimpangan Bertingkat Kuantan - Pahang
56050 Kuantan
Pahang Darul Makmur

vi) Pejabat Pasukan Projek II (LPT Fasa 2)
Lembaga Lebuhraya Malaysia
Bangunan Pusat IKS
Kawasan Perindustrian Ajil
21800 Ajil
Terengganu Darul Iman

b) Sijil-sijil hendaklah diakui sah oleh pegawai kerajaan dari Kumpulan Pengurusan &
Profesional atau Penghulu/Ketua Kampung.

5.TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Borang yang telah dilengkapkan hendaklah sampai tidak lewat atau pada
1 Februari 2010 (Isnin) dengan menyatakan nama jawatan yang dipohon di
sebelah kiri atas sampul surat tersebut.

6.ALAMAT PERMOHONAN
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah sampai kepada :
KETUA PENGARAH
LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA
KM. 6, JALAN SERDANG – KAJANG
43000 KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN
(U/P: BAHAGIAN SUMBER MANUSIA & KHIDMAT PENGURUSAN)

7. Permohonan AKAN DITOLAK SEKIRANYA:
i) Tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan
ii) Tidak lengkap atau tidak terang
iii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan
iv) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat
v) Borang permohonan tidak ditandatangani
vi) Permohonan diterima selepas tarikh tutup iklan

CATATAN AM
1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan
ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
3. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga tidak ditanggung oleh Lembaga
Lebuhraya Malaysia.