Tuesday, December 15, 2009

KEKOSONGAN JAWATAN (Tutup : 20 Disember 2009)

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi menfgisi kekosongan jawatan di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah


JAWATAN 1: KETUA PENGURUS PROJEK, GRED 54


a) Maklumat Jawatan:


Taraf Jawatan : Kontrak (sehingga 31 Ogos 2010)

Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional

Bayaran Perkhidmatan: RM6,860.00 sebulan

Jumlah Kekosongan : 1


b) Syarat Lantikan:


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 35 hingga 58 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) mempunyai kelayakan minimum peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah / Kejuruteraan / Pertanian / Perladangan / Pentadbiran Perniagaan atau yang bersesuaian dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(d) mempunyai pengalaman dalam bidang perancangan projek dan pembangunan wilayah.



JAWATAN 2: PENOLONG PENGURUS PROJEK, GRED 41


a) Maklumat Jawatan:


Taraf Jawatan : Kontrak (sehingga 31 Ogos 2010)

Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional

Bayaran Perkhidmatan: RM2,421.00 sebulan

Jumlah Kekosongan : 8


b) Syarat Lantikan:


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 24 hingga 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) mempunyai kelayakan minimum peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah / Kejuruteraan / Pertanian / Perladangan / Pentadbiran Perniagaan / Perakaunan atau yang bersesuaian dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan.



JAWATAN 3: PEMBANTU PENGURUS PROJEK, GRED 27


a) Maklumat Jawatan:


Taraf Jawatan : Kontrak (sehingga 31 Ogos 2010)

Kumpulan Perkhidmatan: Sokongan

Bayaran Perkhidmatan: RM1,810.00 sebulan

Jumlah Kekosongan : 10


b) Syarat Lantikan:


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) mempunyai kelayakan minimum peringkat Diploma dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah / Kejuruteraan / Pertanian / Perladangan / Pentadbiran Perniagaan / Perakaunan atau yang bersesuaian dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan.


Penaklukan

Di Bawah Syarat-

Syarat Skim

Perkhidmatan

:

Calon yang berjaya memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Cara Memohon

:

Permohonan hendaklah menggunakan sampul surat yang bertulis ”DEDICATED TEAM” di sudut atas sebelah kiri dan mestilah sampai di alamat berikut sebelum tarikh tutup iklan:

Ketua Setiausaha

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,

Aras 8, Blok D9, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62606 Putrajaya

(u.p. : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

ATAU

Menghantar resume ke alamat emel adli@rurallink.gov.my atau lokman@rurallink.gov.my sebelum tarikh tutup iklan.


Tarikh Tutup Permohonan

:

20 Disember 2009 (Ahad)


Catatan Am

:

(a) Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga.

(b) Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.

(c) Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.













No comments:

Post a Comment